Home Berita PAS Terengganu

PPS Terengganu sedia tampung 147,590 mangsa sekiranya banjir besar

12
SHARE

MARANG – Sebanyak 590 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri ini telah dikenal pasti untuk menampung sebanyak 147,590 mangsa banjir pada satu-satu masa.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata dalam aspek penyimpanan barangan keperluan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu mempunyai satu buah depoh, 14 mini depoh dan 162 pangkalan hadapan.

“Bagi pengoperasian di PPS, sebanyak 7,310 ‘collapsible tent’ telah disediakan untuk memberikan keselesaan kepada mangsa-mangsa bencana.

“JKM juga memperuntukan sebanyak RM3.98 juta melibatkan peruntukan persekutuan sebanyak RM2.14 juta dan peruntukan negeri sebanyak RM1.84 juta bagi menghadapi bencana di negeri Terengganu pada tahun 2023,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Lawatan kerja Depoh Simpanan Keperluan bencana dan Asrama Rusila bertempat di Marang di sini semalam.

Lawatan disertai oleh Menteri Pembangunan Wanita ,Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri bersama Timbalannya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Hadir sama, Ketua Pengarah JKM, Norazman Othman dan Pengarah JKM Negeri Terengganu, Mazura Ngah Abd. Manan.

Tambah Maliaman, sebagai langkah kesiap siagaan menghadapi bencana, sebanyak lapan program latih amal dan simulasi pengurusan bencana telah dijalankan di seluruh daerah di negeri ini.

Untuk rekod, JKM dalam pengurusan bencana menyedia dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas kepada mangsa dan memberi bimbingan nasihat dan kaunseling kepada mereka.

Katanya, ia terdiri daripada premis sekolah, balai raya, masjid dan sebagainya.

Dalam aspek logistik, sebanyak 26 kenderaan disediakan merangkumi kenderaan jenis lori, van, 4×4, MPV dan kereta akan akan digunakan semasa operasi bencana.

Jelasnya lagi katanya, dalam memastikan kelancaran operasi semasa bencana, JKM mempunyai beberapa rakan strategik seperti daripada agensi kerajaan dan swasta yang bersedia menyumbang dari segi logistik, barangan keperluan kepada mangsa terlibat.