Home Berita PAS Sabah

PPBSR BERKAMPUNG DI PASTI

1716
SHARE

Oleh : Juliana Hamid
10 Oktober 2019

SILAM : Pasukan Pergigian Bergerak Sekolah Rendah 2 (PPBSR) Kunak telah membuat lawatan pertama bagi tahun ini dan berkampung selama 2 hingga 3 hari di PASTI sekitar daerah Kunak, baru – baru ini.

Rawatan gigi perlu dilakukan untuk anak-anak seawal usia 4 hingga 6 tahun agar kesihatan dan kekuatan gigi terjaga serta mulut mereka sentiasa segar.

Pelbagai aktiviti dilakukan seperti pertunjukan puppet, lakonan pemeriksaan gigi dari dua orang murid dari setiap PASTI, praktikal berus gigi dan rawatan gigi.

Pada 18 September lalu, PPBSR membuat rawatan gigi bermula di PASTI An Naufal, Kg Getah kemudian bergerak ke PASTI An Nahdhah, Kg Kunak Jaya diikuti dengan PASTI An Nur, Kg Jaya Baru dan berakhir di PASTI An Nadwah, Kg Simpang Empat semalam.

Sepanjang rawatan itu berlangsung, PPBSR juga memberi pendedahan kepada guru-guru PASTI untuk buat rawatan mencuci gigi secara percuma dalam program mereka yang telah berlangsung di PPR Taman Sri Pangkalan Kunak pada 5 Oktober lalu.

PPBSR telah merealisasikan usaha untuk merawat dan mengembalikan kesegaran mulut murid-murid PASTI khususnya sekitar Daerah Kunak selaras dengan slogan “Gigi Sihat Senyuman Menawan”.