Home Berita PAS Terengganu

Politik lebih penting dari tunai umrah

238
SHARE

DUNGUN – Umat Islam perlu sedar bahawa kuasa politik Islam memerintah negara adalah lebih penting dari menunaikan umrah.

Presiden PAS, Tan Sri Dato Seri Abdul Hadi Awang menegur sikap kebanyakan orang Islam yang sanggup tidak mengundi semata-mata untuk menunaikan umrah.

“Nabi menangguhkan nenunaikan umrah untuk melaksanakan perjanjian Hudabiyyah kerana ia adalah kemenangan politik menandakan puak kuffar mengiktiraf Madinah sebagai negara.

“Ini menandakan politik lebih penting daripada umrah, kewajipan kita untuk menyedarkan orang Melayu (khususnya) pentingnya politik, orang Islam memerintah negara, melaksanakan syariat Allah.” tegas beliau.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Bangunan PAS DUN Rantau Abang di Pulau Serai di sini pada jumaat 14 Februari.

Turut menghadiri majlis tersebut Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) itu, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli.

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, walaupun negara sudah merdeka, tetapi amalan – amalan masih lagi mengikut kehendak penjajah.

“Mereka melantik orang – orang dia mentadbir, pemerintahan tidak berjaya menyelamatkan orang Islam.

” agama itu asas, kuasa memerintah negara adalah pengawal, yang menjaga agama… kalau tidak, agama runtuh, hilang agama negara akan runtuh.

“kalau tidak ada pengawal, akan dirombak tali yang mengikat agama, yang pertama dirombak adalah hukum, syariat Allah dirombak oleh orang Islam sendiri, yang akhir dirombak oleh solat, tiap-tiap satu akan dirombak, kemuncaknya sembahyang,” jelasnya.