Politik kebudak-budakkan dan kayu ukur dangkal oleh PH.!!! Apabila PAS menyokong Akta Anti Berita Tidak Benar dikatakan PAS menyokong BN sedang PAS menyokong kerana ia selaras dengan Islam.
Ini politik kebudak-budakkan dan politik manipulasi fakta bagi mencipta persepsi jahat dan kebencian.
Sangat malang apabila Malaysia memiliki ahli politik yang berfikiran sebegini.
Bagaimana pula dengan Akta AIIB (Bank Pelaburan Infrastruktur Asia) dan Akta 164 yang disokong oleh PH sedang PAS menentang? Ia bererti PH menyokong UMNO/BN!!! Mereka boleh bersekongkol dengan BN jika ia selaras dengan nafsu mereka meskipun bercanggah dengan Islam
PAS menolak dan menyokong sesuatu akta berasaskan prinsip Islam.
Akta AIIB ditolak oleh PAS kerana ia bererti memperakui sistem riba yang menjadi asas kepada bank tersebut.
PAS menolak pindaan Akta 164 baru-baru ini kerana ia menyentuh kedaulatan Mahkamah Syariah dan hukum hakam Islam berkaitan seirang yang baru menganut Islam.
PAS menolak persempadanan semula kawasan pilihanraya kerana ia tidak menyediakan padang yang rata bagi setiap parti dalam pilihanraya.
PAS menyokong Akta Anti Berita Benar kerana Islam mengharamkan penyebaran berita palsu yang hari ini menjadi makanan ahli politik terutama daripada PH.
Dr Khairuddin at-Takiri