Home Rencana PAS Selangor

Politik anak muda – DMPN Selangor

61
SHARE

May be an image of 4 people and people standing

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Para pemimpin dan elit politik dilihat terlalu mementingkan kedudukan, kuasa dan pengaruh sehingga membawa kecelaruan pegangan politik anak muda.

Hari ini kita melihat penglibatan generasi muda dalam kancah politik sudah mula mendapat perhatian bahkan penglibatan mereka juga penting dalam membantu mencorak proses pembentukan dan amalan politik baharu yang bersifat lebih intelek, pragmatik dan progesif sekali gus terkeluar daripada amalan politik primitif.

Bagus!

Tetapi ianya perlu difahami juga bahawa, politik juga merupakan sebahagian di dalam Islam. Hal ini kerana sifat syariat Islam itu sendiri bersifat komprehensif atau syumuliah yang merangkumi pelbagai aspek.

Nak pakai selipar pun Islam ajar panduan.

Erti politik yang sebenar adalah urus tadbir urusan manusia yang secara umumnya dalam membawa maslahat dan menolak kerosakan pada urusan kehidupan.

Namun rata-ratanya daripada mereka masih ramai yang tidak benar-benar memahami tugas seorang ahli politik.

Kebanyakan anak muda terlibat dalam bidang politik dengan alasan mahu mengubah sistem politik negara.

Namun, prinsip tersebut tergadai selepas dibuai dengan sedikit kedudukan takhta dan wang ringgit.

Belum lagi bila sebut isu lompat parti. Sampai dah jadi trend pula di kalangan ahli politik otai.

Budaya yang tidak baik ini sama ada di Dewan Undangan Negeri mahupun di Parlimen sebenarnya tidak patut berlaku.

Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar, Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan UIAM berkata, sudah tiba masanya Parlimen Malaysia menggubal undang-undang Anti Lompat Parti bagi mengatasi salah satu masalah terbesar politik dalam negara.

Menurutnya, undang-undang Anti Lompat Parti adalah mustahak demi memperkukuh kestabilan politik dan kepercayaan umum terhadap proses demokrasi.

Budaya beralih parti selepas diundi oleh rakyat umpama satu pengkhianatan terhadap kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada mereka.

Sabda Rasulullah SAW,

إذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة

“Apabila hilangnya sifat amanah maka nantikanlah kehancuran”.

Amanah itu adalah tanggungjawab.
Hilangnya sifat amanah adalah kerana tiada panduan agama dalam berpolitik.

Anak muda perlu kuat untuk mendepani arus politik dan tidak mudah mengikut rentak politik otai demi maslahat membawa perubahan arus politik negara.

Siru a’la barakatillah.

3 September 2021 | 25 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor