Home Berita PAS Terengganu

Polis Terengganu lulus 27 permit ceramah

89
SHARE

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu meluluskan 27 permohonan permit ceramah bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh tiga hari bermula hari penamaan calon lalu.

Ketua Urus Setia PRU15 PDRM Kontinjen Terengganu, Supt Mohd Aluwi Husain berkata, Perikatan Nasional (PN) menerima kelulusan tertinggi iaitu 22 permit, Barisan Nasional (BN) empat dan Pakatan Harapan (PH) satu.

“Pada 7 November 2022, hari ketiga tempoh berkempen polis Terengganu telah mendapati sebanyak (27) aktiviti ceramah telah diadakan seluruh negeri, kesemua telah diluluskan oleh pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai perkembangan aktiviti kempen, beliau berkata sehingga kini Polis Terengganu belum menerima insiden-insiden yang keterlaluan

“Semua pihak diharapkan agar terus meneruskan kempen secara berhemah tanpa menimbulkan sebarang bentuk kekacauan dan provokasi.

“Pemerhatian pihak polis kebanyakan kempen-kempen calon dan parti bertanding berkisar kepada lawatan ke pasar-pasar dan tempat tumpuan orang ramai berbanding dari mengadakan ceramah-ceramah,” tambah beliau.