Home Berita PAS Terengganu

Polis laksana sekatan jalan raya seluruh negara

362
SHARE

KUALA LUMPUR – Bermula semalam sehingga satu masa ditetapkan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Sekatan Jalan Raya (SJR) di lokasi-lokasi strategik membabitkan setiap daerah di seluruh negara secara penugasan 24 jam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata langkah itu adalah sebahagian kesiapsiagaan pihak polis untuk mencegah jenayah melalui peningkatan tahap ‘omnipresence’ bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak (siang hari).

“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR, terutamanya di luar waktu puncak,”ujarnya melalui suatu kenyataan rasminya, hari ini.

Dalam pada itu, Tan Sri Acryl Sani berkata masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian.

“Kerana PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal,”katanya lagi.