Home Pedoman Haraki

Poco-poco, Zumba, Panama, Senamrobik: Akhlak Adalah Beyond Tudung

1,547 views
SHARE

POCO2, ZUMBA, PANAMA, SENAMROBIK: AKHLAK ADALAH BEYOND TUDUNG

Memang benar sudah bertudung dengan kata lain tuntutan menutup aurat telah dipenuhi. Namun, aurat bukan sekadar tudung, ia juga melibatkan aspek kemuliaan dalam diri seorang Muslimah. Kadang-kadang yang ditutup itu rambut, tetapi pakaian bagaikan “balutan nangka”.

Sebenarnya, penampilan seseorang muslimah bukanlah sekadar tudung, tetapi ia melibatkan aspek akhlaq yang jauh mendasar lagi dari itu. Memang tudung itu penting kerana ia melibatkan soal hukum tetapi akhlak adalah beyond tudung kerana ia melambangkan kesempurnaan keperibadian Muslimah.

Aurat ialah aspek malu yang patut ditutup oleh seorang Muslimah dan malu sebahagian dari iman. Ia bukan aspek fizikal sahaja, tetapi aspek dalaman pada seseorang. Inilah hikmah yang perlu dihayati oleh Muslimah dalam mengenakan tudung dikepala.

Lagi sempurna akhlak seseorang itu, lagi ia perlu menjaga keperibadian. Terjerit-jerit, terkinja-kinja, terlompat-lompat, menghayun badan dan buah dada, tidak sesuai untuk ditampilkan di hadapan lelaki. Apatah lagi dirakam dan disebarkan menerusi FB, wasap dan sebagainya.

Kesempurnaan akhlak, kemuliaan wanita.