Home Berita PAS Perlis

PN Perlis tawar prasarana untuk usahawan wanita

93
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
15 November 2022

MATA AYER: Parti Perikatan Nasional (PN) menawarkan kemudahan atau prasarana keusahawanan khusus bagi golongan wanita dalam pilihan raya kali ini.

Calon PN DUN N.04 Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad menyatakan, antara kelebihan yang dapat diperolehi melalui tawaran itu ialah, golongan wanita dapat mengembangkan bakat mereka dalam bidang keusahawanan.

Selain itu, golongan wanita juga mampu menjana ekonomi keluarga demi kelangsungan hidup.

“Kita akan cuba mewujudkan satu kompleks perniagaan seperti Pasar Siti Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu,” katanya ketika diminta mengulas tawaran itu di media sosialnya hari ini.

Menurutnya, tawaran ini sangat baik bukan sahaja membantu para wanita menjana pendapatan keluarga malahan juga dapat meningkatkan ekonomi negara.

“Kami juga turut mengetengahkan beberapa tawaran lain iaitu memperkukuh ekonomi bumiputera dan menjadikan Perlis sebuah negeri yang bebas berniaga dengan mempermudahkan permohonan lesen perniagaan,” jelasnya lagi.

Sebanyak 10 tawaran PN buat rakyat Perlis merangkumi pelbagai aspek.