Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN, 15 Julai – Pengumuman Perikatan Nasional (PN) untuk melupuskan hutang sebanyak RM 8.3 bilion memberi sinar baru buat para peneroka di tanah rancangan Felda, menjadi bukti bahawa kerajaan berada dalam landasan terbaik membela nasib rakyat.
Timbalan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff berkata langkah dilakukan itu sangat tepat.
“PN setakat ini merupakan kerajaan terbaik dalam sejarah Malaysia yang sangat memahami dan menjiwai denyut nadi rakyat.
“kerana hadiah seumpama ini tidak pernah diberikan semenjak awal tertubuhnya Felda ini.
“Juga saya kira kerajaan sangat pro aktif dalam menangani isu krisis ekonomi di kala rakyat sangat terkesan. Sebagai generasi kedua Felda saya anggap ini satu anugerah yang sangat berharga kerana telah mendengar keluh kesah rakyat.
“Walaupun baru setahun memerintah sentiasa mencari insiatif melalui pelbagai idea dan agenda, insiatif ini sudah tentu meringankan beban dialami generasi awal dan juga generasi kedua yang bakal mewarisi hutang pusaka jika tidak dihapuskan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap selepas lawatan kerja bersama Pengerusi Felda, Dato’ Seri Idris Jusoh, pada Ahad 11 Julai baru-baru ini.
Turut hadir Pengarah Felda Wilayah Terengganu, En Helmi Fakhzan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud dan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Din Adam.
Ridhuan berkata, seluruh masyarakat sewajarnya setia bersama Felda agar di bawah kerajaan ini akan mendapat pelbagai lagi insiatif.
“Untuk bersama mengembleng kerjasama dan seterusnya membantu memajukan ladang dengan menghantar hasil ke kilang-kilang milik Felda sendiri.
“Bukannya menjual kepada pihak ketiga di luar yang tidak sedikitpun memberi impak positif .
“Semoga entiti yang telah memajukan sosio ekonomi dan budaya kaum bumiputera ini akan Kembali kepada zaman kegemilangannya yang mana Koperasi Permodalan felda (KPF) pernah diiktiraf diantara 20 terbaik di dunia suatu masa dahulu,” katanya.
Justeru katanya, sebagai generasi kedua beliau akan sentiasa menyokong segala usaha baik dilakukan kerajaan.
“Agar bergerak seiring dan terus cemerlang dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat negara ini, dan terus terkenal di mata dunia,” tambah beliau.
Sementara itu, Pembantu Hal Ehwal Islam Felda Jerangau, Muhammad Helmi Zulkefli berkata pihak pengurusan akur dengan janji untuk sentiasa menjaga kebajikan mereka para peneroka.
“Bahawasanya mereka perlu tahu apa yang dilakukan pihak kami termasuk menguruskan ladang mengikut amalan yang terbaik supaya peneroka mendapat hasil pulangan yang tinggi di masa akan datang.
“Harapnya mereka ini akan terus setia bersama kami supaya selepas ini akan banyak lagi perkara baik mampu dinikmati.
“Jadi dengan insiatif ini ia sangat mengembirakan para peneroka dan generasi kedua yang tidak akan dibebani hutang lagi,” ujarnya.
Sementara itu seorang peneroka, Mohamad Ismail, 78, mengakui gembira dengan insiatif tersebut dan mengatakan bahawa ia merupakan diantara berita gembira yang sangat-sangat ditunggu.
“Saya telah diberikan penerangan mengenai perkara ini, dimana saya dimaklumkan memiliki hutang sebanyak RM 40,000 telah dihapuskan jumlah yang sangat sedikit berbanding peserta yang lain kerana tidak membuat apa-apa pinjaman.
“Malah sentiasa menghantar buah sawit kepada kilang, saya tidak pernah menghantar ke luar, ketika berlaku perkara yang tidak diingini di ketika Felda menghadapi pelbagai krisis dan isu memang saya pada waktu itu terasa dianiayai.
“sekarang bersyukur kepada kerajaan baru kerana telah membela nasib kami,”katanya.