Home Berita PAS Terengganu

PMINT peroleh peruntukan RM82.1 juta

23
SHARE

KUALA TERENGGANU – Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah berjaya mendapatkan peruntukan berjumlah RM82.1 juta daripada Kementerian Ekonomi melalui pelbagai program pembangunan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Dato’ Wan Adnan Wan Derahman berkata, ia juga termasuk melalui ‘Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Projek ‘People-Centric, inisiatif kemudahan rakyat dan projek khas.

Ujarnya, antara cadangan pembangunan baharu pula membabitkan Kubang Parit (KP) Perdana fasa 8, dijangka dilancarkan pada suku ketiga 2025 merangkumi 140 unit kediaman dengan reka bentuk moden kotemporari.

“Dalan pengurusan Perindustrian PMINT pula terlah berjaya memeterai 13 perjanjian pajakan tanah industri dan sedang berunding dengan pelabur berpotensi untuk pelaburan baharu bernilai RM6 bilion.

“Antara pelabur termasuk Nova RE Suria (Hydrogen Plant), Eastern Steel (Hot Rod Coil0 dan JXR Manufacturing (Alumina),” ujarnya ketika ditemui pemberita semasa sidang medianya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Logo 60 Tahun bertemakan Membina Masa Hadapan yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Majlis berkenaan telah diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam.

Dalam pada itu, Wan Adnan turut memaklumkan sebanyak RM46 juta dana pembangunan juga telah diluluskan melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi kerja-kerja infrastruktur.

“Bagi kerja-kerja infrastruktur di kawasan industri seperti Gong Medang, Bukit Labohan, Gong Badak, Kertih dan Dungun.

“PMINT turut mengemudi pelaksanaan Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu 2023-2030 bertujuan menjadikan negeri ini sebagai hab pelaburan terkemuka menjelang 2030,”jelas beliau.