Home Berita PAS Terengganu

PKPD Di Mukim Kuala Berang 29 Mei Hingga 11 Jun

137
SHARE

HULU TERENGGANU, 27 Mei – Mukim Kuala Berang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 29 Mei hingga 11 Jun ini susulan berlaku peningkatan kes Covid-19 amat ketara dalam masa yang singkat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Katanya dalam satu kenyataan, keputusan ini diambil setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya lagi, pelaksanaan PKPD untuk menyekat pergerakan dan jangkitan COVID- 19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

Sehingga hari ini KKM melaporkan sebanyak 37 kes positif telah direkodkan hasil daripada 213 ujian saringan dengan kadar positiviti 17.4 peratus.

Pada masa sama, telah berlaku penularan kes di semua lokaliti dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.