Home Artikel PAS Perlis

PKP: Kerjasama MRA dan JAMNPs Beri Manfaat Penduduk Perlis

464
SHARE

Oleh: Amirul Syakirin

KANGAR : Malaysia Relief Agency (MRA) Negeri Kedah dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMNPs) terus bekerjasama dalam melaksanakan program-program khidmat sosial di negeri Perlis.

Terbaru, MRA dan JAMNPs telah menyampaikan sumbangan kepada Pusat Kuarantin Negeri Perlis.

Sumbangan berbentuk peralatan seperti tuala, sabun dan ubat gigi itu adalah untuk kegunaan para pesakit yang dikuarantin secara berpusat di pusat berkenaan.

MRA Negeri Kedah diwakili pengerusinya Dr. Mohd Saifullah Al-Hany Bin Abdul Halim sementara pengarah JAMNPs Amirul Jufri Mat Saman mengetuai pasukan seramai 10 orang anggota yang terlibat dalam program yang berlangsung semalam.

Selain Pusat Kuarantin Negeri Perlis, serahan bantuan berupa hamper makanan dan kampit beras turut dibuat di sekitar Bintong, Kangar, Kuala Perlis, Kayang dan Kok Klang.

Menurut Amirul, kerja-kerja mengagihkan sumbangan yang ditaja oleh Kuok Group itu akan berterusan sehingga Sabtu ini.

Turut serta dalam program berkenaan ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar, Wan Hassan Ismail.