Home Artikel PAS Perlis

PJ Perlis Hadiri Mesyuarat Agung Umno Kangar

1022
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kangar yang berlangsung di Dewan 2020 dekat sini pada 6 Julai lalu mencatat sejarah apabila turut dihadiri oleh wakil daripada PAS.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd. Shukri Ramli, tiba di perkarangan dewan kira-kira jam 10 pagi dengan disambut oleh Ketua Umno Bahagian Kangar yang juga Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man.

Turut sama hadir sebagai tetamu ialah YDP PAS Kawasan Kangar, Ustaz Yussaine Yahya bersama-sama ahli jawatankuasanya.

Perasmian mesyuarat agung berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menyifatkan jemputan ke mesyuarat agung berkenaan sebagai suatu detik bersejarah, Setiausaha PAS Kawasan Kangar, Abd Jamil Kamis berkata, kesediaan para pemimpin PAS dan Umno untuk duduk bersama dan bekerjasama pada hari ini dilihat amat penting dalam mengembalikan semula kekuatan umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

“Demi agama Islam dan bangsa Melayu, PAS Kawasan Kangar amat berbesar hati memenuhi jemputan daripada UMNO Bahagian Kangar dan kita amat berharap, kebersamaan yang terbina pada hari ini dapat terus berkekalan,” katanya.