Home Berita PAS Perlis

Pesuruhjaya PAS Perlis Serah Sumbangan Sempena Deepavali

659
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Bersempena dengan perayaan Deepavali yang disambut di seluruh negara hari ini, satu majlis ringkas melibatkan masyarakat India telah diadakan di Taman Bunga Trompet dekat sini.

Seramai 40 orang hadir dalam majlis yang diadakan dengan kerjasama MIC Kawasan Arau itu.

Pada majlis tersebut, Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis Mohd. Shukri Ramli telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur kepada seramai 30 orang penerima.

Turut sama hadir dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Pengerusi MIC Negeri Perlis dan Ketua Bahagian MIC Kawasan Arau.

Mohd. Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang ketika ditemui berkata, sumbangan yang diberikan adalah bagi membantu mereka menyambut kedatangan Deepavali kali ini dengan lebih bermakna.

“Bagi pihak PAS Negeri Perlis, saya juga merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada MIC Negeri Perlis serta tuan rumah yang telah bersama-sama menjayakan majlis pada hari ini.

“Saya juga berharap agar kerjasama ini akan terus berkekalan demi kepentingan bersama dan masyarakat keseluruhannya,” katanya.