Home Berita PAS Selangor

Pisang – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

1087
SHARE

Oleh : Zurk Ahmad

Pagi-pagi sampai terus masuk lab untuk ambil bacaan lab test semalam. Tiba-tiba sesikat pisang dihujung lab bench mencuri tumpuan. Siapa la yang tinggalkan ni.

Pisang merupakan buah yang sangat popular dan mudah didapati. Sedap dan mempunyai banyak manfaat serta kebaikan untuk kesihatan. Ia mempunyai nutrien penting untuk sistem pencernaan, kesihatan jantung dan penjagaan berat badan.

Sebiji pisang bersaiz sederhana mengandungi sekurangnya:

  • Kalium : 9% daripada RDI
  • Vitamin B6: 33% daripada RDI
  • Vitamin C: 11% daripada RDI
  • Magnesium: 8% daripada RDI
  • Tembaga: 10% daripada RDI
  • Manganese: 8% daripada RDI
  • Karbohidrat: 24 grams
  • Serat: 3.1 grams
  • Protein: 1.3 grams
  • Lemak: 0.4 grams
    Apa itu RDI? RDI adalah singkatan kepada “Reference Daily Intake” ataupun pengambilan harian yang disyorkan.

Sebiji pisang mengandungi 105 kalori dan mengandungi hampir 80% air dan karbohidrat. Ia juga mengandungi nutrisi yang menstabilkan tahap gula dalam darah. Pisang kaya dengan pektin, sejenis serat yang memberikan isi pisang bentuk strukturnya yang lembut. Pisang tak masak mengandungi kanji tahan, yang bertindak seperti serat larut dan terlepas dari pencernaan. Unsur ini boleh menurunkan kadar gula dalam darah selepas dimakan dan mengurangkan nafsu makan dengan melambatkan pengosongan perut kita.

Nilai Indeks Glisemik (GI) dalam pisang belum masak adalah kira-kira 30, manakala pisang masak berada di kedudukan sekitar 60. Nilai purata semua pisang adalah 51. Indeks Glisemik adalah ukuran berapa cepat makanan meningkatkan tahap gula dalam darah. Dalam Bahasa mudahnya semakin rendah GI, semakin lama ia boleh bertahan dalam perut kita. Ini bermakna pisang tidak boleh menyebabkan peningkatan mendadak kadar gula dalam darah individu yang sihat.
Walaubagaimanapun, situasi ini mungkin tidak boleh diaplikasikan pada pesakit diabetes, yang sepatutnya mengelakkan memakan banyak pisang masak.

Masih banyak khasiat pisang sebenarnya. Cuma satu lagi yang ingin dikongsi adalah sumber tenaga terutama kepada mereka yang bersenam atau ahli sukan. Pernah tengok Datuk Lee Chong Wei berhenti seketika, minum seteguk isotonik dan kemudian makan pisang ketika dalam perlawanan badminton? Makan pisang boleh membantu mengurangkan kekejangan dan kesakitan otot yang berkaitan dengan senaman. Sebahagian besar daripada penyebab kekejangan tidak diketahui, tetapi teori popular adalah menyalahkan gabungan dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit.

Walaubagaimanapun penyelidikan memberikan hasil yang bercampur-campur tentang pisang dan kekejangan otot. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pisang menyediakan nutrisi yang sangat baik sebelum, ketika dan selepas bersenam.

Ada pertanyaan nakal – kenapa pisang diberikan percuma di masjid dan surau pada hari Jumaat? Ada yang nakal menjawab sebab malamnya ramai yang bersukan! Haha.

Cerita berkenaan pisang teringat juga ungkapan “Pisang tak akan berbuah dua kali” yang maksudnya sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pada masa akan datang.

Sahabat…
Korang nak ke pisang berbuah dua kali?
Jawab dalam hati je la ya.

Zurk Ahmad
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#demiIslam
#beramalkeranaAllah
#kamipemudaPAS
#PemudaPAS
#memimpinnegara