Home Artikel PAS Sabah

PINTAR 2.0 – PAS Kawasan Putatan Konsisten Bantu Rakyat

106 views
SHARE

Kota Kinabalu : Projek Infrastruktur PAS DUN Tanjong Aru (PINTAR) kelolaan Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan diteruskan dengan PINTAR 2.0 di Kampung Tanjong Aru Baru petang tadi.

PINTAR 2.0 menyumbangkan keperluan infrastruktur asas kepada penduduk seperti zink dan papan lantai, khusus untuk mereka membaiki kerosakan rumah agar dapat didiami dengan lebih selesa.

Sumbangan zink dan papan tersebut disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Ustaz Zulzaim Hilmi bersama para petugas dari Dewan Pemuda PAS Putatan.

Penerima sumbangan tersebut mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak PAS atas keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka, sekaligus mendoakan kemenangan PAS di DUN Tanjong Aru pada PRU-14 nanti.

Salah seorang penerima telah menyatakan bahawa sebelum ini beliau telah mengajukan permohonan kepada banyak pihak, termasuk kepada wakil rakyat DUN berkenaan, namun tidak berhasil.

PINTAR merupakan inisiatif PAS Kawasan Putatan, sebagai salah satu usaha untuk menambahbaik kualiti infrastruktur penduduk dalam DUN Tanjong Aru yang tidak mendapat perhatian dari wakil rakyat mereka sendiri.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan mengalu-alukan sumbangan anda bagi menjayakan Projek Infrastruktur PAS DUN Tanjong Aru (PINTAR) untuk penduduk di

.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad 1001 6010 0780 48 atas nama PAS Kawasan Putatan dengan rujukan DANA PINTAR. Sebarang pertanyaan atau maklumat transaksi hubungi Maslan di talian 019 530 6407.

Petugas PAS Kawasan Putatan membantu penduduk setempat
Sumbangan orang ramai diserahkan kepada penduduk setempat bagi membaiki infrastruktur yg bermasalah