PERMATANG PAUH | 28 Mei – PAS Pulau Pinang meraikan anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang (JAMNPP) dalam Majlis Makan Malam yang berlangsung dengan meriah dan santai di De Pauh Garden Restaurant & Cafe kelmarin.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang AlFadhil Ustaz Muhammad Fauzi bin Yusoff dalam ucapannya dimajlis tersebut menghargai dan berterima kasih atas segala gerak kerja, sokongan dan bantuan Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang dalam melancarkan setiap program-program PAS di negeri Pulau Pinang ini. Semoga Allah S.W.T membalas dengan sebaik-baik kebaikan kepada semua yang terlibat, katanya lagi.
Sementara Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Tuan Haji Bukhori bin Ghazali selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang dalam ucapannya turut menghargai dan berterima kasih atas segala gerak kerja.dan kebersamaan Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang dalam melancarkan setiap program-program PAS di negeri Pulau Pinang ini termasuk membantu gerakerja pilihanraya.
Pengarah JAM Negeri Pulau Pinang Tuan Ahmad Anuar bin Zainal Abidin berterimakasih kepada pimpinan PAS yang sentiasa mengambil berat kebajikan anggota dan meraikan anggota amal pada malam tersebut. Semoga ukhuwah ini berkekalan hingga kesyurga katanya ketika mengakhiri ucapan
Hadir sama pada majlis tersebut, Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang Tuan Iszuree bin Ibrahim. Majlis berakhir dengan jayanya pada jam 10.30 malam.
Disediakan oleh;
Unit Media JAM Negeri Pulau Pinang
Sumbangan ke akaun Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang
BANK ISLAM: 07016010060530