Home Artikel PAS Pahang

Pimpinan PAS Kawasan Maran Menziarahi Mangsa Banjir

84 views
SHARE

MARAN, 26 OKTOBER : Hujan lebat semenjak petang tadi mengakibatkan berlakunya banjir kilat di Taman Awah Permai, Kg Awah menenggelamkan 24 buah rumah, sebahagiannya hingga ke paras pinggang.

Sejurus kejadian beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Maran serta petugas-petugas parti diketuai Timbalan YDP, Ust Ramli Abd Rahman bergegas ke tempat kejadian bagi menghulurkan pertolongan.

Menurut penduduk saluran peparitan terlalu kecik dan tidak mampu menampung air akibat hujan lebat.

Salah seorang mangsa, Azahan Arifin berkata, semenjak beliau tinggal di sini, inilah kali pertama rumahnya di naiki air dari 2 kejadian sebelum ini.

Paras air yang naik secara mendadak di antara jam 8.30 hingga 9.00 mlm menyebabkannya tidak sempat menyelamatkan barang-barang dalam rumahnya.

Dalam pada itu, *Ustaz Ramli Abd Rahman* ketika dihubungi berkata, PAS Maran mengharapkan pihak berkuasa tempatan dapat membantu penduduk yang sering dilanda banjir akibat sistem perparitan yang tidak sempurna.