Home Berita PAS Terengganu

Pilihan Raya untuk lupuskan kezaliman dan ketidakadilan

14
SHARE

DUNGUN – Pilihan Raya adalah peluang untuk rakyat melupuskan kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan pemimpin terdahulu terhadap mereka.

Timbalan Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata rakyat Terengganu beruntung kerana membuat pilihan bijak dengan memilih PAS untuk sebagai kerajaan untuk mentadbir negeri itu.

“Kita sudah laksanakan 20 manifesto selepas menang, kita lancarkan I-Siswa, I-Belia dan pelbagai bantuan lagi kepada semua rakyat tidak mengira parti, semua dapat peluang,” katanya.

Ustaz Azman menjelaskan demikian ketika menyampaikan Taujihat Pilihan Raya ke-15(PRN15) Muslimat PAS DUN Paka di Markaz PAS Cacar pada 12 Julai.

Beliau mengingatkan hukum mengundi adalah wajib dan mesti memenangkan parti yang hendak mendaulatkan Islam.

“Kena bagi Islam naik untuk menghapuskan segala maksiat seperti menutup tempat judi dan jangan bagi orang jahil memimpin negara.

” Jadi jangan tidak keluar mengundi atas alasan remeh temeh, tidak dapat tanah, berasa hati ke JPKK sebab tidak beri bantuan, walhal benda itu ada prosedur dan kouta,” jelasnya.