Pilihanraya memerlukan partisipasi rakyat. Sistem penjalanan pilihanraya perlu diperjelaskan kepada semua rakyat supaya mereka faham dan dapat terlibat secara lagsung dan aktif (take part) dalam proses penjalanan pilihan raya selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Artikel 21) [(I).
“Everyone has the right to take part in the government of his country, directly or through freely chosen representatives”. (Universal Declaration of Human Rights, UDHR 1948) General Assembly of the United Nation ini akan membantu penjalanan pilihan raya dengan lebih lancar dan sokongan rakyat terhadap penjalanan sistem demokrasi berada dalam keadaan stabil.
Bencana banjir juga memerlukan partisipasi rakyat lain yang tidak ditimpa musibah. Agenda untuk pembersihan rumah, menyelamatkan harta yang boleh, pemulihan kembali semangat mangsa dan sebagainya. Ia memerlukan masa.
Banjir yang berat hingga mencecah bumbung dan membawa lumpur tanah makin dahsyat untuk dilalui. Kekadangnya mengambil masa berminggu untuk pulih keseluruhannya.
Andai pilihanraya berlangsung di waktu banjir melanda atau selepas banjir, hasrat untuk menjayakan partisipasi rakyat dalam pilihanraya bakal terjejas. Partisipasi sukarelawan banjir juga terjejas untuk membantu mangsa yang sedang kesusahan.
Lazimnya, yang galak sangat nak langsungkan pilihanraya ini mereka yang jarang sekali turun berpartisipasi dalam agenda kerja-kerja pasca banjir di mana-mana tempat musibah.
Moga dijauhkan musibah banjir besar melanda rakyat Malaysia.
YB Hishamuddin Ab Karim
Ketua Penerangan PAS Terengganu