Home Berita PAS Terengganu

Pilih Kerajaan Yang Amanah Dan Berintegriti

3
SHARE

TAWAU – Rakyat Sabah diseru membuat pilihan bijak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 17 dengan memilih calon yang jujur, berintegriti dan berdisiplin.

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Merotai, Hasan Haris yang merupakan bekas pegawai perbankan meluahkan rasa kecewa terhadap kegagalan kerajaan terdahulu mengurus kekayaan hasil negeri secara adil kepada rakyat.

“Sabah negeri kaya dengan hasil minyak, namun masih ramai hidup dalam kesusahan, ini bukan soal hasil, tapi soal integriti dan keikhlasan dalam memimpin,” katanya.

Hassan berkata demikian dalam satu ceramah kelompok kempen pilihanya Negeri Sabah di Merotai pada 22 November.

Beliau turut membandingkan dengan pentadbiran Perikatan Nasional di Terengganu yang berjaya membawa pembangunan walaupun tanpa hasil yang besar, kerana pengurusan berhemah dan bebas rasuah.

“Kalau masa gaji kecil kita gagal urus, jangan harap bila dapat lebih kita tiba-tiba jadi bijak berbelanja, begitu juga negeri, bukan jumlah hasil yang utama, tetapi disiplin pemimpin,” tegasnya.

Katanya, dalam agama, asas integriti sudah lama diajar melalui ibadah seperti solat yang mendidik disiplin, masa dan amanah.

“Sebab itu rakyat tidak perlukan pemimpin yang hanya pandai bersembang, rakyat perlukan pemimpin yang boleh dipercayai, bekerja dan tidak khianat.”

Beliau turut menyeru pengundi keluar beramai-ramai pada 29 November ini dan memberi peluang kepada PN membuktikan kepimpinan bersih di Sabah.