Pilih Kepimpinan Yang Menguntungkan Islam
Oleh : Mohammad Mujahid
Pendakwah terkenal, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang memberikan panduan kepada umat Islam mengenai ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih melaksanakan amanah mewakili rakyat dalam kepimpinan negara.
“Ada manusia yang akan menyesal di akhirat nanti disebabkan salah pilih pemimpin.
“Pililah yang paling cenderung dan paling bermanfaat untuk Islam.
“Sekiranya tiada, maka pilihlah yang paling kurang mudarat kepada Islam,” jelas beliau.
Menurutnya lagi, ada manusia yang menyesal di akhirat nanti disebabkan mengangkat pemimpin yang memberi mudarat ke atas Islam.
Terbaru, umat Islam turut digemparkan dengan isu penjualan arak dalam sebuah majlis kutipan dana PRU melibatkan salah sebuah kompenen parti dalam Pakatan Harapan.
Justeru, umat Islam perlu bijak membuat penilaian dan mengambil kira aspek untung rugi ke atas Islam dalam kepimpinan yang bakal dipilih. Jangan tersilap memilih pemimpin.