Home Berita PAS Selangor

PH tunjuk berani, sebenarnya penakut – Ketua Pemuda DPPN Selangor

117
SHARE

May be an image of 4 people and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Ust Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Gegak-gempita apabila Titah Tuanku dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengeluarkan kenyataan.

PH menyerang dan membawa ‘Kerajaan derhaka’ sebagai Naratif untuk membina persepsi buruk terhadap kerajaan PN. Sekalipun secara faktanya kerajaan mengambil maklum dan kerajaan sedia mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan perlembagaan dan undang-undang.
Desakan membuka parlimen daripada menjadi satu perkara yang “diharap” kepada “kalau boleh janganlah..”. Ini apa yang saya nampak.

Dua perkara yang saya rasa menjadi asas ketakutan PH walaupun tunjuk berani. Ibarat orang kata “penakut pait”.

Pertama: pertembungan kumpulan Tun Mahathir dan Anwar yang tidak berkesudahan bukan lagi menjadi rahsia, namun secara jelas jika PH konsisten dengan menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri maka PH akan kehilangan sokongan dari kumpulan Tun Mahathir.

1. Tun Mahathir dedah kenapa Anwar tidak boleh menjadi perdana menteri.
2. Konco-konco Anwar desak saya letak jawatan.
3. Pakatan Harapan jatuh kerana mereka mencalonkan Anwar sebagai PM.
4. “Anwar tolak saya bulat2”.
5. PKR tolak cadangan Tun Mahathir.
Dengan apa yang berlaku di antara Anwar dan Tun Mahathir sudah pasti kita melihat dakwaan Anwar “Saya ada majoriti” adalah satu propaganda dan kenyataan cuba memperbodohkan rakyat. Cuba kira jumlah kerusi ahli Parlimen PH dan ahli kumpulan Tun bila dicampur kedua-duanya. Bolehkah mereka mendapat majoriti?

Jawapannya tidak. Ini sudah beberapa kali cuba dibuktikan namun PH dan omongan kosong Anwar ini hanya mendapat kegagalan.

Saya pun pelik kenapa PH masih membawa angka kegagalan kepada rakyat? Saya kira ini satu tindakan “memperbodohkan rakyat” dan cubaan mengheret rakyat ke kancah perseteruan politik yang tidak berkesudahan. Seolah-olah PH menganggap rakyat Malaysia bodoh. Melainkan ada usaha penjajaran baharu dari ahli-ahli parlimen dalam kerajaan yang memerintah.

Kedua: Kekuatan kerajaan PN ketika ini yang mendapat sokongan MP melebihi daripada sokongan kepada PH dan Anwar.

Ini bukan satu persepsi tetapi ia adalah realiti. Kenapa?

Kerajaan PN berjaya mengekang usaha PH untuk menjatuhkan kerajaan dalam Sidang Parlimen beberapa kali dengan angka dan jumlah yang sehingga kini mengekalkan kerajaan PN walaupun pada ketika itu PH mendapat sokongan dari kumpulan Tun Mahathir.

Cuba anda bayangkan, setara mendapat sokongan dari kumpulan Tun Mahathir pun PH masih gagal apatah lagi ketika ini sokongan dari kumpulan Tun Mahathir sudah tidak berpihak lagi kepada Anwar dan PH.

Satu tamparan hebat buat PH dan Anwar apabila Naib Presiden PKR umum keluar parti, https://www.bharian.com.my/…/xavier-umum-keluar-pkr… dan beberapa ahli Parlimen menyatakan sokongan kepada kerajaan PN, https://www.astroawani.com/…/2-mp-pkr-sah-keluar-parti

Saya tertarik dengan respon orang lama dalam politik tanah air, Tan Sri Anuar Musa berkaitan kabinet iaitu ”Yang ada sekarang adalah kabinet yang paling tenang”.
Inilah yang rakyat inginkan, kestabilan kepimpinan dalam kabinet untuk memberi fokus kepada rakyat dan negara. Ini ada adalah realiti.

Inilah merupakan antara asas kenapa saya nyatakan PH tunjuk berani, sebenarnya penakut.

Mereka begitu takut sebenarnya dengan kestabilan kabinet kerajaan PN ini dan kekuatan sokongan yang ada pada kerajaan ketika ini.

Jadi, saya ingin memberitahu bahawa dalam desakan PH mendesak membuka Parlimen sebenarnya PH dalam ketakutan jika ia menjadi satu realiti.

Desakan PH untuk membuka parlimen adalah satu tindakan populis semata-mata. Sebab itu mereka menggerakkan naratif #KerajaanGagal untuk menutupi kegagalan PH membawa nombor yang sebenar kepada rakyat.

Jangan bimbang pihak kerajaan akan menunaikan janjinya untuk membuka parlimen mengikut lunas perlembagaan dan undang-undang seperti yang telah dinyatakan.

Kerajaan PN sedang memberi fokus untuk membantu usaha-usaha melandaikan Covid-19 dan memberikan keutamaan kesihatan dan nyawa rakyat dalam polisi serta strategi yang digerakkan.

Saya kira PH akan berani dan hilang ketakutannya jika benar-benar berlaku penjajaran baharu yang semua orang politik dan rakyat sedang membacanya.

Entahlah, saya harap jika ada usaha penjajaran baharu ini yang melibatkan Anwar Ibrahim dan memujuk DAP untuk bersama ia merupakan satu penjajaran baharu yang cukup merugikan kepentingan Islam, Bangsa dan Negara.

Jangan marah dan kecam tulisan ini. Ia hanyalah pendapat peribadi dan adalah satu kebebasan untuk melontarkan pandangan yang kamu semua (RBA) turut perjuangkan.

Namun saya berlapik dan masih beradab dalam mencoret kerana saya ingin para pembaca meletakkan rasionalnya tanpa emosi yang melampau.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor