Home Berita PAS Terengganu

Petronas sumbang bekalan air buat kawasan paling terjejas

89
SHARE

KUALA NERUS – Syarikat petroleum nasional, PETRONAS melalui cabang tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah menyumbang 310 kotak air mineral bagi membantu penduduk paling terjejas bekalan air sejak 23 Ogos lalu.

Pengurus Kanan Operasi PETRONAS Pantai Timur, Azeman Said berkata, 100 kotak bantuan asas berkapasiti 1.5 liter telah diagihkan kepada rumah terjejas di Kuala Terengganu.

Katanya, 210 kotak lagi diagihkan di daerah Kuala Nerus dengan jumlah akaun paling terkesan di kawasan Tepoh, dan Batu Rakit.

“Manakala 110 kotak lagi diagihkan kepada Badan Kebajikan Komuniti Sepetir Rendang.

“Sumbangan disampaikan bertujuan meringankan bebanan penduduk terkesan mendapatkan bekalan air minuman bersih ekoran gangguan bekalan air semasa Krisis Air Berangan 2.0,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, PETRONAS turut menyumbang kepada penyelesaian masalah air akibat paip pecah menerusi sesi perbincangan bersama pakar minyak dan gas dalam proses pemasangan paip dasar sungai dan laut telah diteruskan dengan secara atas talian pada 27 Ogos lalu.