Home Berita PAS Selangor

Pesuruhjaya PAS Selangor santuni warga PPV Kuala Langat – Pesuruhjaya PAS Selangor

101
SHARE

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Kuala Langat | Kempen Jom Vaksin pihak kerajaan untuk memastikan seluruh rakyat menerima suntikan vaksin mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua lapisan masyarakat.

Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi berkesempatan turun untuk menyantuni warga Pusat Pemberian Vaksin Daerah Kuala Langat. YB Dr Yunus yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Sijangkang bertemu meramah mesra dengan petugas barisan hadapan dan menyampaikan sumbangan.

Gandingan kerjasama semua pihak baik barisan hadapan, anggota masyarakat, pihak kerajaan, NGO-NGO serta keprihatinan pelbagai pihak mampu membantu dan memastikan lekukan Covid-19 dapat dilandaikan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor