Home Berita PAS Wilayah

Pesta Sukaneka Pasti Kawasan Setiawangsa Meriah

2284
SHARE

24 September 2017, Setiawangsa – Pesta Sukaneka Pasti Kawasan Setiawangsa menyaksikan Pasti Irsyad dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan tersebut, minggu lalu.

Sebanyak 4 kontinjen dari keseluruhan 5 Pasti Cawangan telah menyertai Pesta Sukaneka Pasti Kawasan Setiawangsa pada kali ini dengan 5 acara dipertanding bagi setiap tahun.Kehadiran ibu-bapa yang mencecah 500 orang menambahkan lagi kemeriahan sukaneka pada kali ini.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Setiawangsa, Ust Ubaid Abd Akla berkata, karnival sukan ini dimulakan dengan perbarisan lintas hormat kontinjen-kontinjen di hadapan tetamu kehormat, dif-dif jemputan dari Dewan Pemuda Pas Setiawangsa dan Pas Kawasan Setiawangsa.

“Tahniah diucapkan kepada kanak-kanak pasti ¬†yang berjaya. Kebolehan mereka dalam bersukan ini membuktikan pencapaian para guru dalam mendidik dan memberikan latihan kepada anak anak kecil ini.

Tempat pertama bagi keseluruhan acara dimenangai oleh Pasti Irsyad,tempat kedua pula Berjaya dimenangai oleh Pasti Hilmi dan tempat ketiga dimenangi oleh Pasti Muttaqin.

“Semua pasukan yang bertanding menunjukkan aksi-aksi menarik perhatian bersama semangat kesukanan dalam suasana ukhuwwah yang tinggi,” Katanya ketika merasmikan karnival tersebut di Padang SK Taman Sri Rampai.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ust Farkhan Md Zain,Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.