SETIU – Setiu kini mempunyai satu lagi daya tarikan baharu iaitu menerusi penganjuran Pesta Maing Ujang Sesohor Setiu yang berlangsung 9 sehingga 11 Febuari depan.
Penolong Kanan Pegawai Daerah Setiu, Raja Faisal Raja Haron berkata, pesta yang julung kali diadakan itu bakal menjadi tarikan pengunjung ke daerah ini.
“Kita akan mengadakan ‘Setiu Monsoon Fest’ pada 9 & 10 Febuari di Setiu Wetland dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ‘Monsoon River Cruise’, Monsoon Survival Camp’, ‘Tourism Village Fun Race in The Rain’, pameran kraftangan dan pesta jualan makanan tradisional.
“Di Setiu Adventure Park Ulu Kasar pula kita perkenalkan program ‘Camping in The Rain’ pada 10 dan 11 Febuari. Peserta akan bertanding khemah terbaik selain menikmati ‘stargazing’ dan busking campfire’ pada waktu malam.
“Peserta juga berpeluang menjalankan aktiviti ‘flying fox’, river tubing, ‘river trekking’, ‘cup cross kampung style’ dan kayak”, tambahnya ketika dihubungi wartawan pagi tadi.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof berkata aktiviti tersebut sebenarnya menambah daya tarikan kepada kawasan pantai dan sungai yang menjadi nadi kekuatan Setiu dalam menarik kedatangan pengunjung dari seluruh negara.
Katanya, penganjuran aktiviti ini berpontensi dijadikan sebagai program tahunan sekiranya sambutan menggalakkan dan diharap dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat yang menjalankan perniagaan.