Home Berita PAS Pahang

Pesara FGV tertekan wang pelaburan KPF tidak dapat dikeluarkan

6203
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 26 Mac – Pesara Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) berdepan dengan masalah untuk mengeluarkan wang pelaburan mereka sejak pertengahan tahun lepas.

Begitulah antara aduan yang diterima oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu dari penduduk setempat di sini hari ini.

Menurut Andansura pesara yang dikenali sebagai Mohd Zulkifli Nawawi adalah pesara FGV sejak 2012.

“Oleh kerana jawatan pengadu semasa bertugas tidak berpencen, maka pelaburan di dalam Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) adalah cara untuk saraan beliau dan keluarga di
hari tua.

“Tabungan KPF telah membantu pengadu selama 11 tahun yang lalu dengan pengeluaran caruman beliau setiap tahun tanpa gagal dan proses permohonan juga amat cekap, boleh selesai dalam tempoh 4 hari bekerja untuk mengeluarkan wang beliau,” kata Andansura.

Namun, permohonan beliau untuk tahun 2024 telah menghadapi masalah yang sama dengan rakan-rakannya yang tidak mendapat pengeluaran wang sejak pertengahan tahun lepas sehingga sekarang.

Tambahnya lagi, Pegawai KPF ketika dihubungi oleh pengadu tidak dapat memberi kepastian bila isu pembayaran ini boleh diselesaikan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan pengadu amat tertekan untuk menyara keluarga beliau tanpa sebarang sumber pendapatan lain terutama bagi menampung perbelanjaan sekolah anak dan bakal menyambut Hari Raya.

“Jadi kita harap ada langkah segera yang diambil oleh pihak KPF untuk membantu pesara FGV khasnya bagi mereka yang bergantung kehidupan seharian mereka bersumberkan dari pelaburan KPF ini,” ujar beliau lagi.