Oleh : Rohayati Ripin
BESUT – Muslimat PAS kawasan Besut menyeru kepada pesara negeri Terengganu agar sama-sama bekerjasama dalam mempertahankan kerajaan PAS yang memerintah pada hari ini.
Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Besut, Ustazah Fadilah Syed Hamid berkata, PAS wajar dikekalkan bagi memastikan nasib rakyat terus membela dan mempertahankan nasib dan kebajikan mereka.
“Alhamdulillah , program hari ini kita jemput guru-guru pencen, guru kafa dan Al-Malak.
“Kita ambill orang luar walaupun guru pencen dia duduk rumah tak bersama,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Hi-Tea bersama penceramah bebas, Datuk Dr Norhafizah Musa di Manor Beach Resort, pada jumaat, 26 Ogos yang lalu.
Selain itu, program sebegini dapat mengikat silaturrahim di antara satu sama lain dalam Jemaah Islam.
Justeru itu, beliau menyeru agar lain terus terjalin dan tak terhenti dalam program sahaja.
Sementara itu, muslimat Besut sudah membuat persiapan rapi dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa sahaja.
“Persiapan jentera setakat ini sederhana lagi dan berusaha untuk memperkemaskan lagi gerak kerja melaksanakan Pelan Teguh Pertahan untuk hadapi pru akan datang.
“Pelancaran jentera untuk muslimat insya Allah akan diadakan akhir bulan sembilan,” katanya.
Di samping itu, beliau menegaskan bahawa tetap mempertahankan kerusi PAS yang telah dimenangi di kawasan Besut.
“Kita akan kekal dengan PAS dan pertahankan dun yang kita menang di Kota Putera.
“Gerak kerja muslimat kita kena lebih kuat lagi untuk mempertahankan,” tambah Fadilah lagi.