BAGAN SERAI -Ziarah YB Tuan Hj Razman Zakaria diteruskan ke lagi dengan menyantuni Tajuddin Mohammad yang bekerja sebagai tukang rumah dan kini terlantar akibat penyakit buah pinggang, 12 Julai semalam.
Turut disantuni Sharipah Hashim yang mengidap ‘diabetes’ mengakibatkan kaki terpaksa dipotong dan Puan Misah yang ditimpa ‘stroke’ kali kedua sehingga lumpuh separuh badan. Ketiga-tiga keluarga tinggal di Jalan Kubu Gajah, Semanggol.
Ziarah yang diiringi oleh YDP PAS Bagan Serai Hj. Abdul Aziz dan wakil penduduk En. Mazlan turut menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada keluarga terlibat.