Home Berita PAS Perak

Perwakilan Perak penuhi Pusat Tarbiyah Air Kuning

622
SHARE

Oleh: Danisya Ismail

BUKIT GANTANG: Pusat Tarbiyah PAS Perak di Air Kuning ketika ini dipenuhi para perwakilan dan pemerhati negeri Perak bagi menyertai Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 secara hibrid, di sini, hari ini.

Ketika ini, kira-kira 134 sidang muktamar yang hadir terdiri daripada perwakilan kawasan-kawasan dan wakil dewan-dewan sedang mendengar ucapan dasar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kehadiran para perwakilan terus memenuhi ruang Pusat Tarbiyah di mana sidang muktamar yang hadir mengenakan pakaian bertemakan hijau putih bagi mencapai keseragaman sekali gus melambangkan warna lambang parti PAS.

Bagi mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) dan usaha pencegahan penularan Covid-19, sidang muktamar yang hadir diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu sebelum menghadiri muktamar.

Bukan itu sahaja, malah Jabatan Amal Negeri Perak turut sama hadir bagi mengawal lalu lintas, menjaga keselamatan sidang muktamar dan memastikan muktamar berjalan dengan lancar.