PERUTUSAN TAKZIAH PAS Selangor atas Kemangkatan Sultan Kedah Darul Aman

    88 views
    SHARE


    Adalah dengan penuh dukacita PAS Selangor merafak sembah takziah atas kemangkatan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al Mu’ tassimu Billah Muhibbudin Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah al haj ibni Almarhum Sultan Badlishah.
    Patik semua mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas baginda dan di tempatkan di kalangan orang orang yang soleh.
    Patik semua juga mendoakan agar para kerabat diberikan ketabahan dan kesabaran atas kehilangan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang dikasihi.
    Pemergian Almarhum Tuanku bukan sahaja dirasai oleh rakyat Kedah tetapi juga oleh patik semua di Selangor.

    Al fatihah

    Patik patik

    YB Ustaz Sallehin Mukhyi
    Pesuruhjaya
    dan seluruh ahli PAS 
    Negeri Selangor