Home Berita PAS Selangor

Perutusan takziah DUPNS kepada rakyat Perak dan seluruh Malaysia – Dewan Ulama PAS Negeri Selangor

149
SHARE

May be an image of 1 person, monument and text

“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Rakyat Perak dan seluruh Malaysia telah mendapat perkhabaran yang mendukacitakan bilamana gugurnya lagi seorang pewaris nabi yang merupakan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) mengucapkan takziah kepada rakyat negeri Perak dan seluruh Malaysia atas pemergian Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria.

“Kami turut berduka cita dan atas pemergian Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria, hari ini. Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham dan seluruh rakyat Perak, dan Malaysia atas kehilangan insan yang begitu berjasa dalam dunia dakwah hari ini” kenyataan media sosial Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.

Semoga Allah mengampuni al-Marhum dan merahmatinya serta menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor