Home Artikel PAS Perak

APA KATA : Pengarah ARC Perak

296 views
SHARE

Assalamualaikum,

Sahabat-sahabat ARC Malaysia dan seluruh Rakyat Malaysia.
Ramadhan datang lagi bertamu dalam kehidupan kita. Beruntunglah kita yang di beri kesempatan oleh Allah untuk terus merasai nikmat Ramadhan, kerana di dalamnya ada rahmat dan nikmat.

Lapar dahaga dan keletihan adalah ujian yang semestinya semua kita lalui.
Apalah ertinya andai kemenangan atau kejayaan yang kita perolehi tanpa keperitan dan kesusahan.Andai kita merasai susah, di luar sana masih ada ramai lagi yg lebih susah dari kita.

Sahabat ARC yang di rahmati Allah, alangkah beruntungnya kita kerana masih ada kesempatan untuk beramal dengan di bulan Ramadhan ini, kerana janji Allah amalan di bulan Ramadhan berlipat kali ganda pahalanya. Tetapi bukan itu yang kita kejar. RAHMAT DAN KEBERKATAN dunia akhirat itu matlamat kita.

Dalam keghairahan kita beramal dan bergembira di ramadhan ini jangan lupa kepada kedua ibubapa, saudara mara dan sahabat handai kita samada yg masih hidup atau sudah tiada. Kepada mereka yang masih hidup pintu keampunan sentiasa terbuka. Kepada yang telah tiada panjat doa mudah-mudahan di ampunkan dosa-dosa mereka.

Kepada sahabat-sahabat ARC, perjuangan kita tidak ada masa rehat tidak ada istilah nak tumpu pada ibadah peribadi. Susunlah program dekati masyarakat terutama di Bazzar Ramadhan; mengedar risalah dan membantu parti mengedar makanan. Sesekali anjurlah program berbuka di tempat awam.

Di kesempatan Ramadhan kali ini penuhkanlah hari-hari kita dengan pekara-perkara kebaikan dan perbanyakkan bersedekah.
Semoga segala amalan dan kebajikan kita di terima oleh Allah dan di terima segala taubat kita.

Hanya yang mampu kita ucapankan ” Ya Allah, aku tidak layak untuk kesyurgaMu, tapi aku tidak mampu menghadapi azab neraka Mu, ampunilah dosa-dosa kami.

Wassalam.

We ride 4 charity

Roslan bin Talib
(Pak Su Lan)
Pengarah ARC Perak
📮 facebook.com/arcperakofficial/

💚 Media Rasmi kami :
🌐 www.pas.org.my/negeriperak
📧 perak@pas.org.my

❤ Like | Share | Follow us:
📮 facebook.com/pasperak/
📮 facebook.com/perakyoptv/
📮 instagram.com/pasperak
📮 youtube.com/channel/yoperaktv