Home Rencana PAS Selangor

Perutusan Maulidur Rasul DPPK Petaling Jaya – Ketua Pemuda DPPK Petaling Jaya

122
SHARE

May be an image of ‎3 people and ‎text that says "‎Salam 2021 Maulidur Rasul مُحمد Mamha Berkualiti Rabbani "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepada ku' EMUDA PAS PETALINGI TARA Al-Nasai & Ibnu Hibban 2021.2023‎"‎‎

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Muhamad Hakimi Hussain
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya

“Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan pengikutnya hingga ke hari akhirat.

1) Rasulullah sebagai qudwah

Rasulullah SAW ikon sepanjang zaman yang sewajibnya diteladani dan diikuti.

Allah SWT berfirman;

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”.

[Surah Al-Ahzab, Ayat 21]

2) Manhaj rabbani

Firman Allah SWT;

قُلۡ هَٰذِهِۦ سَبِيلِيٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِيۖ وَسُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

[Surah Yusuf, Ayat 108]

Jihad dakwah yang kita teladani haruslah berdasarkan manhaj rabbani yang hakiki sebagaimana firman di atas bahawa jalan yang jelas itu adalah dibina atas dasar ilmu dan kefahaman yang benar. Justeru, seluruh ahli PAS dan masyarakat Islam sewajibnya mencintai dan mendalami ilmu-ilmu Islam sebaiknya serta mempelajari ilmu-ilmu ideologi agar tidak termakan dengan hasutan-hasutan yang merosakkan minda dan cara fikir ummat khususnya generasi muda masakini.

3) Ummah berkualiti

Ummah yang berkualiti hanya boleh diperolehi dengan memiliki akidah yang mantap serta fikrah yang jelas. Jumlah ummat Islam dinegara ini mencecah jumlah majoriti malangnya, pengamalan tentang agama pula sangat menyedihkan. Masalah murtad, masalah sosial serta kecelaruan ideologi menjadi isu utama yang harus kita perhatikan. Apa guna bilangan muslimnya ramai tetapi keyakinan dan keimanannya terhadap Islam itu rapuh.

Gagasan 12 ribu amilin PAS yang dijalankan adalah berdasarkan hadis yang bermaksud;

Daripada Ibnu Abbas R.A berkata : telah bersabda Rasulullah S.A.W “Sebaik-baik berteman (ketika bermusafir) adalah seramai empat orang, dan sebaik-baik tentera khas seramai empat ratus orang, dan sebaik-baik tentera adalah sebanyak empat ribu orang, dan tidak akan dikalahkan apabila jumlah tentera sampai 12 ribu tentera kerana sedikit.

Berdasarkan hadis ini, jumlah 12 ribu itu bukanlah hanya berdasarkan kepada jumlah peserta yang menghadiri ijtimak atau program semata-mata tetapi ianya adalah berpandukan juga kepada kualiti tarbiah iman dan akidah sehingga amilin-amilin PAS benar-benar memahami akidah perjuangan yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Bergantung harap sepenuhnya kepada Allah, mengutamakan konsep halal dan haram, dosa dan pahala ketika melaksanakan agenda politik di dalam jemaah serta tidak tamakkan jawatan, harta dan kemewahan ketika diberikan kemenangan memegang tampuk pemerintahan. Jihad ita hanyalah meninggikan Islam dan mengajak manusia seluruhnya untuk bersama dengan Islam.

4) Tarbiah nadi perjuangan

Apa yang dinyatakan di atas hanya boleh didapati dengan menjalani proses pentarbiahan yang baik. Usrah-usrah diperingkat cawangan dan kawasan harus diperkasakan dengan membudayakan suasana ilmu dan perbincangan yang segar, bukan semata-mata sekadar dilihat melakukan program serta memenuhkan takwim.

Muhasabah diperingkat ahli dan akar umbi harus diambil berat kerana perjuangan Islam adalah didasari juga dengan konsep nasihat dengan kebenaran dan kesabaran, bersifat rahmat sesama muslim serta tegas dan berprinsip kepada orang-orang kafir. Inilah makna sebenar sambutan Maulidur Rasul yang kita inginkan, bukan sekadar menyaringkan suara berselawat, berhabis pula ribuan ringgit untuk menyediakan program maulid tetapi penerapan kecintaan yang sebenar yang diinginkan oleh Rasulullah SAW langsung tidak didapati bahkan lebih jauh pula tersimpang dengan ajaran Islam yang ditinggalkan oleh Nabi SAW. Semoga Allah merahmati dan memberkati perjalanan dan perjuangan kita.

19 Oktober 2021 | 12 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor