Home Rencana PAS Selangor

Perutusan Maal Hijrah 1443H – YDP PAS Kawasan Klang

129
SHARE

May be an image of ‎1 person, headscarf and ‎text that says "‎f PAKASANKLANG KAWASAN KLANG SALAM MAAL HIURAE HIJRAH Selasa 10 Ogos 2021 1 Muharram 1443H ةجکوÛ H ingatan tulus khlas daripada YDP PAS Klang, Ustaz Khalid Nayan dan seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Klang Lajnah Penerangan & Media Baru PAS Kawasan Klang‎"‎‎

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Ustaz Khalid Nayan
YDP PAS Kawasan Klang

“MANHAJ RABBANI , UMMAH BERKUALITI”

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَجَٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أُو۟لَٰٓئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ ٱللَّهِ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al Baqarah 2 : 218)

Memang benar! sedar atau tidak sedar kita akan melalui fasa tahun baharu Hijrah (Awal Muharram) dan pastinya segala perlakuan atau sikap kita, serta memori mahupun kenangan tahun Hijrah sebelumnya sama ada yang baik ataupun tidak baik, merupakan pengalaman sangat berharga yang akan mematangkan kita semua selain boleh dijadikan iktibar bagi menghadapi dugaan bakal mendatang pada tahun baharu Islam 1443 Hijrah.

Kehadiran tahun baharu Islam (Hijrah) 1443H akan menjadi lebih bermakna sebagai pendorong semangat dan azam baru kepada seluruh umat Islam di Malaysia mahupun yang ada di seluruh pelosok dunia untuk terus berusaha dan berusaha demi mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam kehidupan masing-masing serta meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Seperti sedia maklum, ada di kalangan kita sudah menempuh tahun Hijrah sebelumnya dengan penuh rintangan dan cabaran, pastinya terdapat banyak peristiwa yang pahit mahupun yang manis terjadi dalam kehidupan masing-masing sepanjang tahun sebelumnya.

Akhir kata, kami mengharapkan semoga tahun Hijrah yang datang hari ini membawa sinar kejayaan lebih baik kepada seluruh umat Islam berbanding sebelum ini.

Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi. Hijrah itu perjuangan iaitu mujahadah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT bukan mudah, namun tidak harus menyerah kalah dan lelah.

Hijrah daripada kebatilan kepada kebenaran. Hijrah daripada kegelapan kepada cahaya. Hijrah daripada penindasan kepada keadilan. Hijrah daripada perpecahan kepada kesatuan.

Apa yang lebih penting, lembaran hijrah ini sentiasa dihidupkan dengan meletakkan matlamat memelihara dan menegakkan agama Allah SWT. Salam Maal Hijrah 1443H.

“Selamat Tahun Baru Islam”

1 Muharram 1443H | 10 Ogos 2021.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor