Pesuruhjaya PAS Selangor
Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum untuk kita memegang erat tangan-tangan kita bagi mengekalkan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 62 tahun ini.
Perpaduan kalangan kita mesti utuh dengan sama-sama menerapkan dalam diri kita dan setiap bangsa untuk :
1. Memelihara tiang seri negara ini dengan Rukun Negara yang lima.
2. Menjunjung kedaulatan dan kestabilan negara dengan menjaga hak-hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera yang terkandung dalam Perlembagaan.
3. Menghormati kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan yang merupakan identiti dan imej Malaysia.
4. Menjaga keharmonian masyarakat majmuk yang wujud dengan prinsip saling menghormati berdasarkan ikatan Kontrak Sosial.
Semoga keharmonian dan keamanan dalam masyarakat khususnya di Negeri Selangor terus kekal dan mendapat inayah dan naungan rahmat dari Allah SWT.
30 Zulhijjah 1440H | 31 Ogos 2019