Home Artikel PAS Sabah

PERUTUSAN HARI RAYA DEWAN PEMUDA PAS KINABATANGAN

48 views
SHARE

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Bersempena dengan ketibaan 1 Syawal 1440 Hijrah saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada ahli PAS khasnya dan seluruh warga Kinabatangan yang dikasihi amnya.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kita rafa’kan kepada Allah SWT kerana memberikan peluang dan kesempatan untuk sama-sama kita menyambut Aidil Fitri atau hari kemenangan bagi umat Islam yang disambut dengan penuh perasaan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran yang hakiki.

Pembinaan program taqwa sepanjang pengajian di Madrasah Ramadan selama sebulan dengan penuh kesabaran dan kehambaan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT telah menjana dan membarakan ketaqwaan dalam menuju insan yang sentiasa taat dan patuh segala perintah Allah seterusnya bulan Syawal yang mulia kita menyambut kemenangan kerana kembali kepada fitrah.

Jesteru itu saya ingin menyeru agar kita sentiasa tingkatkan rasa kesyukuran dan memperkasakan ukhwah dengan ikatan kasih sayang kerana Allah SWT di antara kita kerana ia adalah asas kekuatan dan kejayaan di dalam sebuah organisasi serta menutup segala ruang perpecahan.

Benarlah firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 10:

“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara…”

Sabda Rasulullah SAW;

“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

Sentiasalah bermaafan dan lontarkanlah senyuman bagi membentuk iklim Setempat yang lebih ceria, harmoni, bekerjasama dan berlapang dada.

Selamat menyambut Aidil Fitri juga bersama keluarga tercinta. Sambutlah Aidil Fitri dalam lingkungan syariah, saling bermaafan dan ziarah menziarahi bagi memupuk semangat persaudaraan yang sejati, sambutlah dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Kepada yang ingin pulang ke kampung halaman berhati-hatilah dijalanraya.

Tidak dilupakan juga doa dan harapan buat saudara kita di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan, Rohinya, Somalia dan lain-lain yang terus dihimpit dan dibelenggu dengan peperangan, penderitaan, dan cengkaman musuh Islam semoga Allah SWT sentiasa memberi pertolongan dan kemenangan kepada mereka.

Akhir kata, saya mewakili barisan AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada para pemimpin setempat, para ilmuan agama, para pegawai kerajaan dan seluruh warga Kinabatangan yang dikasihi.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati dibawah lindungan Allah swt. Ameen.

Abd Aziz B Baitul Makmur
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan