Home Artikel PAS Pusat

Perutusan Hari Raya Aidilfitri Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

43
SHARE

Perutusan Hari Raya Aidilfitri
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Setinggi kesyukuran atas rahmat Allah, kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan dan meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Walaupun sudah tahun kedua kita meraikan dalam suasana PKP, namun ia tidak menghalang untuk kita saling berhubung menggunakan teknologi dan mendoakan sesama muslim.

Raikan Aidifitri kali ini dengan penuh kesyukuran dan pastikan SOP sentiasa dipatuhi agar wabak COVID-19 ini dapat diatasi dengan segera.

Pada saat umat Islam di Malaysia bergembira, jangan lupa untuk teruskan berdoa dan hulurkan bantuan kewangan kepada saudara kita yang sedang diuji di bumi Palestin.

Akhir kata, PAS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Didoakan semoga segala amalan diterima serta kita kembali kepada fitrah sebagai hamba Allah SWT.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَجَعَلْنَا مِنَ الْعَآئِدِينَ وَالْفَآئِزِينَ

Semoga Allah menerima amalan kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’