Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita umat Islam menyambut Aidilfitri setelah melalui ujian berpuasa sebulan.
Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang bertakwa yang berjaya membebaskan diri dari belenggu hawa nafsu dan seterusnya meneruskan jihad dalam mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Amal ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan mestilah diteruskan untuk memantapkan akidah dan mengukuhkan lagi iman kita. Marilah kita menyatakan kesyukuran kepada Allah S.W.T dengan bertakbir memuji Kebesaran-Nya.
Dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri, kita bersimpati dengan penderitaan dan penderaan yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin dan beberapa lagi negara yang bergolak. Kita mendoakan supaya pejuang Islam di seluruh dunia berjaya membebaskan mereka dari kesengsaraan, penindasan dan perhambaan.
Akhir sekali, saya mewakili saff kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Libaran mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Abdul Waheed Mohamad
Yang Dipertua
PAS Kawasan Libaran
1 Syawal 1439H
15 Jun 2018