1) PAS Kawasan Batu Sapi mengucapkan Selamat Tahun Baru 1442 Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga amalan yang lepas diterima disisi Allah swt dan kehadiran tahun baru ini selari dengan usaha kita memperbaiki diri disetiap hari.
2) Penetapan tahun hijrah berlaku di zaman Saiyiduna Umar Al-Khattab telah menetetapkan Muharam sebagai tahun baru Islam. Bukan itu sahaja, bahkan dalam ilmu Ulum Quran juga dibahagikan dalam dua kategori iaitu Makkiyah dan Madaniyyah merujuk wahyu yang turun atau selepas peristiwa hijrah.
3) Hijrah rasul telah melakar kejayaan yang cukup agung dimana berjaya membentuk negara Islam Madinah dengan kuasa politik yang didokong dengan persaudaraan Ansar dan Muhajir serta kaum Aus dan Kharaj.
4) Besarlah harapan kita agar Malaysia mampu menjadi negara contoh dimasa hadapan. Keadilan tertegak menerusi rakyatnya yang faham dan sedar erti kalimah syahadah “Tiada Tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruhNya”.
At-Taubah 9:20
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَهَاجَرُوا۟ وَجَٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمْوَٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَآئِزُونَ
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.