Home Artikel PAS Pahang

PERUTUSAN AIDILADHA PESURUHJAYA PAS PAHANG

78 views
SHARE

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bumi Mekah yang asalnya kering kontang menjadi basah dan subur, terpancarnya air zam zam dikala mana Hajar isteri Nabi Allah Ibrahim dalam keadaan begitu bimbang melihat putranya Nabi Allah Ismail as yang menangis dalam keadaan kehausan.

Bagaimana Allah swt menunjukkan kekuasaanNya dan pertolongan kepada hambaNya yang sentiasa bertawakal dan taat kepadaNya didalam apa keadaan sekalipun, tiada siapa pun menyangka keadaan itu berlaku, pertolongan Allah swt itu datang tanpa diduga.

Perjuangan Islam menuntut keyakinan bahawa Allah swt pasti akan menolong hambaNya yang berjuang dan saat kemenangan yang dinantikan pasti akan tiba walaupun tekanan dari musuh yang cuba menghalangnya datang dari segenap arah dan menelan masa menanti kemenangan yang begitu lama dan panjang.

Namun jiwa manusia akan semakin subur dan mekar jika sekiranya disirami dengan Al Qur’an dan dakwah sehingga terpancarnya cahaya Iman dan Islam dari jiwa manusia tu adalah kerana kesabaran para pendakwah sabar yang tidak pernah berhenti mengajak manusia kepada Islam.

Allah swt telah menjanjikan bahawa pengorbanan hambaNya untuk Islam tidak akan disia-siakan, pasti akan diberikan balasan baik samada didunia mahupun di Akhirat sebagaimana Allah swt tidak sia-siakan dan mendatangkan pertolongan kepada pengorbanan yang ditunjuki oleh Nabi Ibrahim as, Hajar dan Putranya Nabi Ismail as.

Begitulah juga perjalanan perjuangan kita hari ini, sangat menuntut keyakinan dan kesabaran, apa yang penting kita mesti yakin bahawa saat kemenangan Islam itu pasti tiba dan balasan Allah terhadap mereka yang sabar dan istiqamah berjuang di jalanNya pasti akan dikecapi bila tiba masa yang telah dijanjikanNya.

PAS Pahang mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam dimana pun mereka berada.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
PESURUHJAYA PAS PAHANG
ADUN TANJUNG LUMPUR