Home Berita PAS Sabah

PERUTUSAN AIDILADHA OLEH YDP PAS KAWASAN LIBARAN

699
SHARE

”Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” [Riwayat Imam Ahmad (12362)]

Aidiladha antara hari kebesaran bagi umat Islam yang disambut di seluruh dunia pada 10 Zulhijjah setiap tahun dalam kalendar Islam.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran, mafhumnya,
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.” (Surat Al-Hajj, ayat 36)

Saya menyeru kepada umat Islam secara amnya penduduk di kawasan Libaran agar menghayati Aidiladha ini dengan penuh keinsafan dan secara langsung mengambil ibrah peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail AS kerana ketaatannya tanpa membantah perintah daripada Allah SWT.

Pengorbanan yang mereka tunjukan kerana kepatuhan kepada Allah SWT adalah satu contoh yang wajib diikuti oleh seluruh umat Islam mencapai darjat ketaqwaan di sisi Allah SWT.

Kepatuhan dan ketaatan kepada Allah SWT meskipun ianya amat berat bagi hati dan jasad untuk melakukannya, namun pengorbanan tersebut tidak akan disia-siakan oleh Allah SWT kerana semakin berat ujian yang mampu dilepasi maka semakin tinggi darjatnya di sisi Allah SWT.

Saya mewakili saff kepimpinan PAS Kawasan Libaran mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Abdul Waheed Mohd
YDP PAS Kawasan Libaran