Home Berita PAS Terengganu

PERTIMA sasar pendapatan RM14 juta tahun ini

148
SHARE

KUALA TERENGGANU – Syarikat pengeluar produk makanan dalam tin, Pertima Terengganu Sdn Bhd (PERTIMA) mensasarkan peningkatan pendapatan sehingga RM14 juta pada tahun ini berbanding RM12 juta yang direkodkan tahun lepas.

Pengurus Besarnya, Syed Mohd. Asdi Tuan Ngah berkata, ia berdasarkan permintaan yang menggalakkan sepanjang memasuki suku kedua 2022

Katanya, hingga kini pengeluaran produk terlaris keluaran syarikat itu telah meningkat 20 peratus selepas peralihan negara ke fasa endemik Covid-19,

“Orang ramai didapati menyukai  sardin keluaran kami kerana menggunakan bahan mentah segar dan bermutu bagi memenuhi citarasa pelanggan.

“kita dapati pengguna cenderung membeli barangan keperluan sahaja dan sardin adalah salah satu daripanya dengan setiap rumah biasanya memiliki antara satu hingga tiga tin makanan itu.

“Sasaran kita adalah agar setiap isi rumah membeli sardin Pertima bagi membolehkan jenama kita terus kukuh setanding dengan produk terkemuka lain,” katanya.

PERTIMA telah diperbadankan pada 28 Mac 1972 dibawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan sebanyak RM10 juta dan modal berbayar sebanyak RM7.4 juta. Lokasi kilang ialah di kawasan Perindustrian Chendering, mempunyai keluasan 6,937 meter persegi.

Sehingga kini PERTIMA telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai satu-satunya kilang pengeluar sardin di Malaysia yang 100 milik dan pekerjanya melayu bumiputra semenjak penubuhannya pada tahun 1972

Selain sardin, Syed Mohd Asdi berkata syarikatnya turut mengeluarkan lapan jenis produk makanan dalam tin seperti kari ayam, kuah laksa, kuah sate, sambal bilis, kaya dan sapuan sardin yang turut mendapat permintaan tinggi.

Menurutnya, produkmereka sebenarnya telah ada di pasar raya besar seperti Mydin, Aeon Big dan rangkaian KK Super Mart di seluruh negara,

Sementara itu, katanya, Pertima turut merancang untuk memperkenalkan beberapa produk baharu termasuk susu pekat dalam masa terdekat.